Friday, April 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Conte hasrat ikat Lukaku

    LONDON, 5 OGOS – Bos Inter Milan, Antonio Conte berharap dapat memeterai perjanjian dengan penyerang Manchester United, Romelu Lukaku dalam beberapa hari akan datang.

    Kelab Itali itu memburu Lukaku ketika jendela perpindahan musim panas ini dan dilaporkan kembali dengan bidaan terbaharu kira-kira £65 juta.

    Penyerang Belgium itu tidak beraksi buat United ketika kempen pramusim dan Conte berharap beliau boleh membawa pemain berusia 26 tahun itu ke San Siro.

    “Kami terus berusaha untuk mendapatkannya dengan cara terbaik,” katanya selepas pasukannya seri 1-1 di Tottenham pada aksi persahabatan pramusim awal pagi tadi.

    “Saya faham ada beberapa perkara perlu dipenuhi tapi ketika ini saya amat berharap ia boleh diselesaikan.

    “Pada masa sama saya bekerja dengan sekelompok pemain hebat yang memberikan saya kepuasan.”

    Sesuatu yang boleh menghalang keinginan Inter memburu bekas penyerang Everton itu adalah laporan perjanjian pertukaran antara United dan Juventus yang mungkin menyaksikan penyerang Argentina, Paulo Dybala berpindah ke Old Trafford sebagai pertukaran dengan Lukaku. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda