Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Conte jurulatih baharu Inter Milan

    MILAN, 31 MEI – Inter Milan hari ini mengumumkan pelantikan bekas bos Chelsea dan Itali, Antonio Conte sebagai jurulatih dengan hasrat bagi mengalihkan kelab itu untuk terus keluar daripada bayangan Juventus.

    Bekas pengurus Chelsea berusia 49 tahun itu telah menandatangani kontrak tiga tahun bernilai sembilan juta euro (AS$10 juta) termasuk bonus, menurut laporan akhbar.

    Dia menggantikan Luciano Spalletti yang meninggalkan pasukan itu selepas berjaya membantu mereka mengesahkan tempat ke saingan Liga Juara-Juara buat musim kedua berturut-turut.

    Dengan juara Serie A sebanyak 18 kali itu memburu trofi pertama sejak kali terakhir memenangi Coppa Italia 2011, Conte dilihat sebagai individu yang tepat untuk menjayakan misi itu.

    Dia memenangi tiga kejuaraan Serie A bersama Juventus selain merangkul trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA bersama Chelsea.

    “Permulaan baharu dalam kehidupan saya. Saya tidak sabar menantikannya. Saya memilih Inter kerana pasukan ini memiliki perancangan dan wawasan,” kata Conte.

    Pengerusi Inter Milan, Steve Wang berkata ‘saya yakin Antonio Conte adalah antara jurulatih yang terbaik.

    “Saya percaya dia akan membantu kita mencapai sasaran yang ditetapkan…untuk menjadikan pasukan ini kembali sebagai antara pasukan terbaik di dunia.” – AFP

    Inter Milan telah memilih Antonio Conte sebagai jurulatih baharu dengan misi untuk menamatkan dominasi Juventus di Serie A. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda