BOURNEMOUTH, United Kingdom, 9 April – Pengurus pasukan Chelsea, Antoine Conte memuji kekentalan pasukannya untuk tidak tunduk kepada tekanan terhadap perebutan gelaran selepas kemenangan 3-1 mereka di Bournmouth awal pagi tadi.
Sebelum perlawanan Blues bermula di pesisir selatan, Tottenham Hotspur menewaskan Watford 4-0 untuk merapatkan jurang kepada empat mata di belakang pasukan pendahulu Chelsea.
Tetapi pasukan kendalian Conte jarang dalam bahaya ketika mereka terus mengekalkan kelebihan tujuh mata.
Mereka mendahului 2-0 selepas minit ke-18 menerusi jaringan sendiri Adam Smith dan jaringan dari Eden Hazard sebelum bolos satu jaringan kepada pemain Bournemouth, Joshua King.
Tetapi pemain terbaik perlawanan tersebut, Marcos Alonso menyelamatkan perlawanan dengan sepakan sudut menarik dan Conte berkata: ‘Ya, saya berpuas hati kerana ia bukanlah mudah untuk beraksi dalam perlawanan ini selepas kemenangan dihasilkan oleh Tottenham tetapi jawapan balas kami adalah terlalu bagus.
“Kami bermula dengan baik dan semangat untuk memenangi perlawanan,” tambah pengurus dari Itali itu.
“Ia adalah sukar untuk bolos satu jaringan dan kami sedikit terjejas tetapi pada separuh masa kedua saya rasa kami mampu mengawal permainan dengan baik dan menjaringkan gol kedua untuk memperbaiki kedudukan menentang pasukan yang bagus, dengan pasukan dan jurulatih yang bagus. Kami gembira dengan perlawanan.
“Ia bukanlah mudah untuk beraksi selepas Tottenham tetapi saya rasa ia adalah biasa dalam bola sepak. Apabila anda beraksi selepas pasukan pesaing anda, ia adalah biasa jika anda melihat pesaing begitu hampir dengan anda untuk merasakan sedikit tekanan. – AFP