KUALA LUMPUR – Pernahkah kita terfikir sisa buangan dari rumah sebenarnya boleh menjana tenaga elektrik daripada hanya dilonggokkan di tapak pelupusan sampah?
Tapak pelupusan sampah termasuk di seluruh dunia, yang menampung lebih separuh daripada sisa buangan, mencetuskan ancaman persekitaran terbesar iaitu penghasilan gas rumah hijau (GHG), seperti karbon dioksida (CO2) dan metana, yang banyak menyumbang kepada fenomena pemanasan global.
Di Malaysia, berdasarkan statistik Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSN), sekitar 38,000 tan metrik sisa pepejal perbandaran (MSW) dilupus setiap hari, iaitu sebanyak 1.17kg per kapita sehari. Sisa makanan adalah komponen utama dalam sisa pepejal ini, diikuti plastik, kertas, organik campuran dan kayu. – Bernama
Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Khamis.