Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    COP15 terima pakai rangka kerja biodiversiti

    MONTREAL, KANADA, 19 DIS – Perjanjian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan memulihkan kemerosotan biodiversiti dan menetapkan dunia pada laluan pemulihan, diterima pakai pada persidangan biodiversiti COP15 PBB pada awal hari ini, lapor Xinhua.

    COP15 secara rasminya dikenali sebagai mesyuarat ke-15 Persidangan Pihak-pihak kepada Konvensyen PBB mengenai Kepelbagaian Biologi, dijangka berakhir hari ini selepas hampir dua minggu rundingan.

    Perjanjian itu secara rasmi dikenali sebagai Rangka Kerja Biodiversiti Global Kunming-Montreal.

    Semua pihak bersetuju terhadap isu utama dalam rangka kerja itu termasuk matlamat dan sasaran, penggemblengan sumber dan Maklumat Jujukan Digital atau GSI.

    China memegang jawatan presiden COP15. Ia mengadakan mesyuarat fasa satu di Kunming, ibu kota Wilayah Yunnan di barat daya China, pada 2021.

    Fasa kedua COP15 di Montreal, Kanada, meneruskan tema Tamadun Ekologi: Membina Masa Depan Bersama untuk Semua Kehidupan di Bumi.

    Perjanjian itu berikrar akan memperuntukkan 30 peratus daripada planet sebagai zon dilindungi menjelang 2030 dan mengumpul AS$30 bilion dalam bantuan pemuliharaan tahunan untuk dunia membangun.

    “Komuniti antarabangsa telah berkumpul untuk perjanjian biodiversiti global yang memberikan harapan bahawa krisis yang dihadapi alam semula jadi kini mula mendapat perhatian selayaknya,” kata Brian O’Donnel, dari Kempen Alam Semula Jadi. – Bernama/AFP

    Pemimpin semasa persidangan biodiversiti COP15 di Montreal pada 15 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda