Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    COP29 hampir gagal, negara kaya dikecam

    PARIS, 26 NOV — Kepimpinan Azerbaijan dalam sidang COP29 mengakui bahawa perjanjian kewangan yang dicapai dalam rundingan iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) adalah ‘tidak sempurna’, sambil menyalahkan negara-negara kaya atas hasil yang dianggap menghina oleh negara-negara miskin.

    Perjanjian kontroversi yang dipersetujui pada Ahad itu menyaksikan negara pencemar kaya bersetuju untuk memperuntukkan AS$300 bilion setahun bagi membantu negara membangun mengurangkan pelepasan karbon dan bersedia menghadapi kesan perubahan iklim yang semakin berbahaya.

    Presiden COP29, Mukhtar Babayev, mengakui bahawa perjanjian itu tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan yang semakin mendesak. Beliau juga mencadangkan bahawa China mungkin akan menyumbang lebih banyak dana sekiranya negara-negara lain bersedia untuk berkompromi.

    Dalam penulisan di akhbar The Guardian semalam, Babayev menyatakan bahawa negara kaya yang menyumbang kepada pelepasan karbon secara bersejarah ‘tidak berganjak’ sehingga ke penghujung proses rundingan.

    “Perjanjian ini mungkin tidak sempurna. Ia tidak memuaskan hati semua pihak. Tetapi ia merupakan langkah besar berbanding janji AS$100 bilion yang dibuat di Paris pada 2015,” katanya.

    “Ia juga merupakan perjanjian yang hampir tidak menjadi kenyataan,” ujarnya.

    Azerbaijan, sebuah negara pengeksport minyak dan gas dengan pemerintahan autoritarian, menerima kritikan keras atas pengendalian sidang COP29, terutama dari Perancis dan Jerman.

    Babayev memuktamadkan perjanjian itu pada awal pagi Ahad selepas hampir dua minggu rundingan sengit yang pada satu ketika hampir menemui jalan buntu.

    Sejurus selepas perjanjian itu diluluskan, India, Bolivia, Nigeria dan Malawi — mewakili kumpulan 45 Negara Kurang Membangun — tampil mengecam keputusan tersebut secara terbuka. – AFP

    Babayev ketika berucap pada acara penutup sidang plenari pertama Persidangan Iklim COP29 di Baku, pada 23 November. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Edry Abdul Halim pitam usai konsert

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    Berita Berkaitan

    PBB: Tahun 2025 antara tiga tahun paling panas dalam rekod

    GENEVA, 7 NOV – Satu siri peningkatan suhu luar...

    Kegagalan tangani krisis iklim sebabkan jutaan kematian

    PARIS, 29 OKT - Perubahan iklim sedang menjejaskan kesihatan...

    F1 lanjut kontrak Azerbaijan hingga 2030

    BAKU, 21 SEPT - Perlumbaan Formula 1 (F1) akan...

    Kebakaran hutan besar musnah 2,000 hektar tanah

    NARBONNE, 8 JULAI – Kebakaran hutan besar yang berlaku...

    Terkini

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Kamera milik mendiang Paus Francis dijual AS$7.5 juta

    VIENNA, 23 NOV - Sebuah kamera milik mendiang Paus...