ASUNCION, 31 MEI – Argentina yang menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak Copa America telah digantungkan “memandangkan situasi semasa,” menurut CONMEBOL kelmarin, ketika negara itu menempuh rekod peningkatan koronavirus.
Badan bola sepak Amerika Selatan, yang mana minggu lalu melucutkan Colombia dari tugas menjadi penganjur bersama disebabkan kekacauan berdarah, berkata mereka mempertimbangkan tawaran lain untuk menganjurkan kejohanan.
“CONMEBOL memaklumkan bahawa memandangkan situasi semasa mereka telah memutuskan untuk menggantungkan penganjuran Copa America di Argentina,” menurut badan pengurusan tersebut dalam Twitternya.
“CONMEBOL sedang mempertimbangkan tawaran negara lain yang menunjukkan minat menjadi tuan rumah kejohanan tersebut.”
Undian di Argentina disiarkan pada Jumaat mendapati kebanyakan responden membantah tindakan menganjurkan kejohanan ketika negara tersebut mengalami fasa pandemik paling teruk setakat ini.
Kurang daripada dua minggu sebelum Copa America dijadualkan bermula, Argentina di bawah perintah berkurung selama sembilan hari dan mencatatkan kes jangkitan harian tertinggi. – AFP
