Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Corbyn mohon maaf, mungkin berundur 2020

    LONDON, 15 DIS – Pemimpin pembangkang utama Britain, Jeremy Corbyn memohon maaf kepada penyokongnya hari ini kerana mengemudi kekalahan terburuk parti Buruh sejak sebelum Perang Dunia Kedua.

    Namun veteran sosialis itu mempertahankan platform kempen haluan kiri-nya dan tidak memberi petunjuk jelas bila beliau mungkin berundur.

    “Saya tidak akan berselindung mengenainya. Keputusan pilihan raya Khamis lalu adalah satu tamparan besar buat semua orang yang terdesak mahukan perubahan sebenar untuk negara.

    “Saya mahu menyatukan negara yang saya sayangi namun saya memohon maaf kami kalah dan bertanggungjawab untuk keputusan itu,” tulis Corbyn dalam akhbar Sunday Mirror.

    Pilihan raya awal Khamis lalu memberi mandat besar kepada Parti Konservatif pimpinan Boris Johnson untuk membawa Britain keluar dari Kesatuan Eropah (EU) menjelang akhir bulan depan.

    Corbyn berkata Jumaat lalu, beliau akan meletak jawatan awal tahun depan. Namun parti berusia seabad itu tidak memiliki pengganti jelas dan diburukkan dengan perbalahan dalaman di peringkat kanan kepimpinan.

    Kempen Buruh juga dilingkari kecurigaan pengundi berhubung kedudukan samar-samarnya mengenai Brexit dan tuduhan anti-Yahudi dalam peringkat kanan parti. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda