LONDON, 28 JUN – Cori Gauff dari Amerika Syarikat yang baru berusia 15 tahun melakar sejarah kelmarin apabila menjadi pemain termuda layak ke Wimbledon.
Gauff juga menjadi pemain berusia 15 tahun pertama bertanding dalam cabaran utama sejak Laura Robson pada 2009 selepas mengalahkan pemain ranking ke-19 Greet Minnen dari Belgium 6-1, 6-1.
“Saya boleh melakukan apa sahaja yang saya fikirkan,” kata Gauff, ranking dunia ke-301 yang bermain atas tiket wildcard.
Lesley Kerkhove pula mengakhiri cabaran pemain wildcard Sabine Lisicki dari kejohanan utama setelah berhempas pulas 22 minit untuk menang 0-6, 6-4, 6-4.
Juara 2013 dari Jerman itu mencatat kemenangan berturut-turut untuk kali pertama sejak November untuk sampai ke pusingan ketiga. – AFP