Monday, July 21, 2025
30.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Corning komited selesai siasatan antipesaingan EU

    BRUSSELS, 20 JULAI – Kesatuan Eropah (EU) pada Jumaat memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima komitmen daripada pengeluar kaca Amerika Syarikat (AS), Corning – pembuat kaca tahan pecah yang digunakan dalam tablet dan telefon pintar – bagi mengelak kemungkinan dikenakan denda antipesaingan.

    Brussels membuka siasatan tahun lalu susulan kebimbangan bahawa syarikat itu telah menyalahgunakan kedudukannya yang dominan dan memesongkan persaingan dengan menandatangani perjanjian bekalan eksklusif bersama pengeluar telefon bimbit dan syarikat yang memproses kaca mentah.

    “Corning telah berikrar untuk menghentikan sebarang tingkah laku yang berpotensi menghalang pesaing daripada bersaing secara efektif dalam pasaran kaca pelindung yang digunakan dalam telefon pintar dan peranti mudah alih lain,” kata Ketua Persaingan EU, Teresa Ribera.

    “Ini membuka pasaran tersebut dan memastikan pengguna mendapat manfaat daripada harga yang rendah serta kaca pelindung berkualiti tinggi.”

    Komitmen yang kini terikat secara sah itu termasuk janji untuk membatalkan semua klausa eksklusif dengan pengeluar peranti dan syarikat pemproses kaca mentah.

    Corning tidak mewajibkan pengeluar telefon untuk membeli sebarang kuantiti khusus kaca mereka – yang kebanyakannya dijual di bawah jenama ‘Gorilla Glass’ – dan tidak akan mengaitkan sebarang kelebihan harga dengan keperluan pembelian tertentu di seluruh Kawasan Ekonomi Eropah yang merangkumi 30 negara.

    Suruhanjaya – badan pemantau antipesaingan EU – berkata bahawa komitmen tersebut, yang akan kekal berkuat kuasa selama sembilan tahun, ‘menangani kebimba-ngan mereka terhadap persaingan.’– AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda