Friday, September 20, 2024
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    COSMO bantu pelajar capai impian

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JAN – Kolej Perdagangan dan Teknologi Cosmopolitan (COSMO) bakal menyertai Ekspo Pengajian Tinggi 2024 yang akan berlangsung Dewan Bridex 2, Jerudong pada 3 dan 4 Februari ini.

    Menurut COSMO, semasa ekspo berkenaan orang ramai terutama para pelajar dan ibu bapa serta penjaga berpeluang mengetahui lebih lanjut tentang kursus yang ditawarkan dan bagaimana COSMO boleh membantu mereka mencapai Impian dan masa depan yang cerah.

    Di samping itu, COSMO juga akan menyertai sesi webinar untuk pertanyaan lanjut pada 5 dan 6 Februari.

    COSMO menawarkan kelayakan antarabangsa di Brunei yang boleh menjadi laluan ke lebih 160 buah universiti di seluruh dunia. Kursus yang ditawarkan adalah dalam bidang perniagaan, teknologi maklumat, media kreatif, perusahaan dan keusahawanan serta perkhidmatan pelanggan.

    Mana-mana pelajar boleh menyertai COSMO dari Tahap 1 dengan sekurang-kurangnya lulus dua O Level.

    COSMO juga menawarkan kursus HNTEC in Toursim Operation dan NTEC dalam Perhotelan dan Perniagaan yang ditawarkan sebagai biasiswa penuh daripada Kementerian Pendidikan.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda