Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cosplay Brunei pukau orang ramai

    Oleh Daniel Lim – 

    KUALA BELAIT, 8 OGOS – Seramai 19 cosplayer dari seluruh Brunei memukau para hakim dan orang ramai dengan rekaan pakaian menarik mereka yang menghidupkan watak fiksyen dalam Pertandingan Coswalk.

    Pertandingan tersebut diadakan baru-baru ini dianjurkan oleh The Allegiance Brunei dengan kerjasama E-Sukan CRIT, merupakan sebahagian daripada Piala Akar Umbi Siri Persaingan Ampro (ACS) yang berlangsung di Pusat Insani, Seria.

    Pertandingan itu bertujuan bukan sahaja untuk memeriahkan acara tetapi juga bagi memberikan peluang untuk mempamerkan kepintaran komuniti cosplay kepada orang ramai serta mempamerkan bakat cosplay dalam kalangan rakyat Brunei.

    Sebagai kumpulan penganjur pertandingan itu,The Allegiance Brunei, melahirkan rasa penghargaan mereka kepada E-Sukan CRIT kerana menyediakan peluang dan platform unik untuk mempromosikan kraf profesional cosplay kepada khalayak.

    Di samping itu, kumpulan itu juga berharap pertandingan itu akan dapat membantu meningkatkan cosplay Brunei ke peringkat antarabangsa, dan menetapkan standard untuk pertandingan cosplay di masa depan.

    Salah seorang peserta cosplay ditemu bual oleh para panel hakim. – GAMBAR DANIEL LIM
    Gambar beberapa cosplayer menghidupkan watak mereka semasa pertandingan. – GAMBAR DANIEL LIM
    Gambar sebahagian daripada penyokong dan cosplayer bersorak semasa pertandingan. – GAMBAR DANIEL LIM

    Semasa pertandingan, setiap peserta kemudiannya diberikan satu minit untuk membuat persembahan di atas pentas, sambil melakonkan semula beberapa peranan watak yang dibawakan oleh mereka daripadaa siri dan tajuk permainan masing-masing.

    Panel hakim juga sempat mengadakan temu bual pendek dengan setiap peserta semasa mereka berada di atas pentas untuk mengetahui lebih lanjut tentang watak mereka yang diadaptasi daripada permainan video sehingga watak anime, termasuk usaha yang dilakukan oleh para peserta bagi menghidupkan watak mereka.

    Panel hakim terdiri daripada cosplayer veteran tempatan, MystikaFae dan Lord Zedd, yang menilai peserta berdasarkan kualiti cosplay mereka dengan markah tambahan untuk prop dan kostum buatan sendiri berbanding kostum dan prop yang dibeli, serta ketepatan watak mereka.

    Di antara 19 peserta pertandingan itu, Kimz yang megenakan cosplay Jinx daripada Arcane: League of Legends menduduki tempat pertama; diikuti oleh Masywuu di tempat kedua yang memakai cosplay Cereza daripada Bayonetta 3, manakala di tempat ketiga ialah 02 yang memperagakan cosplay Orbital Drop Shock Trooper (ODST) Helljumper daripada Halo 3.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda