Wednesday, February 19, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Costa Rica terima migran yang diusir AS esok 

    MEXICO CITY, 18 FEB – Kerajaan Costa Rica akan bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dalam penghantaran pulang 200 pendatang tanpa izin, dengan kumpulan pertama dijadual tiba esok, 19 Februari, lapor Sputnik/RIA Novosti

    “Kumpulan pertama akan tiba di negara ini pada Rabu. Costa Rica akan berperanan sebagai perantara dalam membantu mereka kembali ke negara asal masing-masing.

    “Kerajaan Costa Rica bersetuju untuk bekerjasama dengan AS dalam penghantaran pulang 200 migran tanpa dokumen ke negara asal mereka,” menurut kenyataan pentadbiran presiden di platform X. 

    Migran dari negara Asia Tengah dan India akan ditempatkan di pusat perkhidmatan migran di kanton Corredores.

    “Proses ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan AS dengan dipantau oleh Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) yang akan menjaga kebajikan migran sepanjang tempoh mereka berada di negara ini,” menurut kenyataan itu. 

    Selepas mengangkat sumpah pada 20 Januari, Presiden AS Donald Trump menegaskan komitmennya untuk menghentikan segera kemasukan migran tanpa dokumen ke AS dan memulakan proses pengusiran berjuta-juta migran. – Bernama/Sputnik /Ria Novosti 

    Sekumpulan migran sekeluarga daripada Venezuela dalam perjalanan di Tijuana, Mexico, pada 31 Januari. Costa Rica bakal terima migran yang diusir AS kelak. – Gambar fail AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda