Bagi mengasah bakat muda dalam sukan bola sepak, COT JPKK Brunei Muara telah menyertai liga bola sepak, Liga Nossa B12 yang dianjurkan oleh Akademi Bola Sepak Brazil (BFA) melibatkan lapan pasukan bawah 12 tahun bertempat di padang bola sepak Kelab Peak RBA di Berakas.
Antara pasukan lain yang turut bertanding adalah COT JPKK Temburong, Projek Ikan Pusu, Junior Soccer, BFA Brunei dan lain-lain.
