HONG KONG, 10 OKT – Pemaju hartanah China, Country Garden memberi amaran hari ini bahawa ia tidak boleh membayar balik tepat pada masanya pinjaman 470 juta dolar Hong Kong (AS$60 juta) dalam tanda terbaharu masalah yang dihadapi dalam industri selepas Beijing mengawal hutang yang semakin meningkat dalam industri.
Syarikat itu berkata dalam pemfail-an kepada Bursa Saham Hong Kong ia “menjangkakan bahawa ia tidak akan dapat memenuhi semua kewajipan pembayaran luar pesisirnya pada tarikh yang perlu dibayar atau dalam tempoh tangguh yang berkaitan,” termasuk dolar Amerika Syarikat (AS) yang dikeluarkan firma itu.
Ia telah mengelak kegagalan membayar hutang walaupun pesaing seperti China Evergrande, firma hartanah yang paling banyak berhutang di dunia, gagal melangsai hutang pada 2021 selepas kerajaan China mula menyekat pinjaman oleh pemaju.
Krisis kecairannya mencadangkan pemaju kekal di bawah tekanan walaupun selepas pengawal selia menarik balik beberapa kawalan ke atas pembelian perumahan untuk mengurangkan masalah dalam industri. – AFP


