MADRID, 26 OKT – Philippe Coutinho mengalami kecederaan hamstring dan akan terlepas aksi Liga Juara-Juara menentang Juventus Rabu depan.
Ujian yang dilakukan dilakukan hari ini menunjukkan Coutinho mengalami kecederaan hamstring kaki kiri.
Barcelona mengesahkan perkara berkenaan selepas pemain tengah itu beraksi selama 90 minit ketika kalah 1-3 kepada Real Madrid semalam dalam aksi La Liga. – AFP