Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    COVID-19: 3,545 kes baharu di Malaysia

    KUALA LUMPUR, 24 FEB – Sebanyak 3,545 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan Negeri Sembilan mencatat kes harian tertinggi melibatkan 1,392 kes.

    Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata susulan kes baharu itu, jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam negara kini sebanyak 291,774 kes.

    Sebanyak 12 lagi kematian dilaporkan akibat pandemik itu dalam tempoh 24 jam lepas.

    Beliau berkata sebanyak 3,544 daripada jumlah kes baharu itu adalah penularan dalam negara melibatkan 1,544 warganegara dan 2,000 bukan warganegara manakala hanya satu kes import dilaporkan membabitkan bukan warganegara.

    Kes sembuh harian pula adalah 3,331 menjadikan jumlah kes aktif sebanyak 30,677, katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19.

    Dr Noor Hisham memaklumkan Selangor mencatat kes harian kedua tertinggi dengan 581 kes, diikuti Kuala Lumpur (381), Sarawak (353), Johor (318), Perak (188), Sabah (105), Pulau Pinang (95), Melaka (26), Terengganu (22), Kedah (17), Pahang (lapan), Labuan (lima) dan Putrajaya dengan satu kes. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda