COVID-19: Air France kurangkan kos

PARIS, 27 FEB – Air France mengambil langkah baharu memotong kos, termasuk satu pembekuan separa bagi pengambilan pekerja, bagi mengimbangi impak wabak koronavirus ke atas sektor pelancongan, menurut sepucuk surat pekeliling dalaman syarikat itu yang diperoleh oleh AFP.

Impak ke atas pergerakan penumpang penerbangan akibat virus COVID-19 ‘meningkat pantas semenjak minggu lalu, dengan pembatalan bukan sahaja ke China dan Asia malah destinasi-destinasi di seluruh rangkaian kita,” kata pengarah kewangan Air France, Steven Zaat dalam surat kepada para pengurus yang dilihat oleh AFP lewat semalam.

Surat itu mengatakan beberapa pelanggan korpo-rat syarikat sudah pun mengarahkan kakitangannya untuk mengurangkan atau membatalkan perjalanan.

“Natijah langkah-langkah ini akan mempengaruhi ramalan kewangan kita dan boleh meletakkan kita dalam kedudukan aliran tunai sukar jika kita tidak bertindak segera,” kata Zaan dalam surat itu, pertama kali dilaporkan oleh akhbar perniagaan Perancis, Les Echos. – AFP