Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    COVID-19: Algeria lanjut sekatan pergerakan

    ALGIERS, 29 MEI – Algeria kelmarin memutuskan untuk melanjutkan sekatan pergerakan selama 15 hari lagi bagi mengekang penularan wabak COVID-19, lapor agensi berita Anadolu.

    Sekatan pergerakan di 44 wilayah akan dilanjutkan sehingga 15 Jun, kata kerajaan dalam satu kenyataan.

    Ia akan dikuat kuasa antara 7 malam dan 7 pagi waktu tempatan di 28 wilayah manakala di 16 wilayah antara pukul 5 petang hingga 7 pagi waktu tempatan, tambah kenyataan itu. Kuarantin di empat wilayah ditarik balik.

    Menurut statistik terkini, sejumlah 630 orang maut akibat COVID-19, sementara jumlah kes sebanyak 8,997 dengan 5,277 pesakit sembuh. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda