Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    COVID-19: Angka kematian dunia kini 190,000

    PARIS, 24 APRIL – Jumlah kematian di seluruh dunia akibat pandemik koronavirus (COVID-19) mencecah lebih 190,000 hari ini, dengan hampir dua pertiga kes kematian di Eropah, menurut penghitungan dari AFP yang dikumpulkan dari sumber rasmi hari ini.

    Sebanyak 190,089 orang telah meninggal dunia dan 2,698,733 telah dijangkiti sejak virus itu muncul di China pada bulan Disember lalu. Benua yang paling teruk dilanda sekarang adalah di Eropah, dengan 116,221 kematian dan 1,296.248 kes.

    Negara dengan kematian terbanyak adalah Amerika Syarikat dengan 49,963 telah meninggal dunia, diikuti Itali dengan 25,549, Sepanyol dengan 22,157, Perancis dengan 21,856 dan Britain 18,738. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda