COVID-19: Arab Saudi gantung umrah sementara

JEDDAH, 27 FEB – Arab Saudi hari ini telah menggantung visa untuk lawatan ke tanah suci untuk jemaah yang menunaikan ‘umrah’, satu langkah yang tidak pernah berlaku sebelum ini disebabkan oleh ketakutan penularan virus COVID-19 serta menimbulkan persoalan mengenai musim haji tahun ini.

Kerajaan yang menerima jutaan jemaah haji setiap tahun di kota Mekah dan Madinah, juga menggantung visa untuk pelancong dari negara-negara yang mengalami jangkitan yang dilaporkan karana kerisauan pandemik semakin menular.

Arab Saudi, yang setakat ini tidak mengalami sebarang kes virus itu tetapi telah mengeluarkan amaran terhadap penularan virus itu di negara-negara jiran, berkata penggantungan itu adalah sementara. Ia tidak menyatakan bila ia akan ditarik balik.

“Kerajaan Saudi telah memutuskan untuk mengambil langkah berjaga-jaga menangguhkan kemasukan ke negara itu bagi menunaikan umrah dan melawat ke masjid Nabawi buat sementara waktu,” kata kementerian luar negeri dalam satu kenyataan.

“Menegah kemasukan ke negara itu dengan visa pelancong bagi mereka yang berasal dari negara-negara, di mana penyebaran COVID-19 adalah bahaya.”

Kerajaan Saudi telah memutuskan untuk mengambil langkah berjaga-jaga menangguhkan kemasukan ke negara itu bagi menunaikan umrah dan melawat ke masjid Nabawi buat sementara waktu. – AP

Langkah itu berlaku ketika negara-negara Teluk melaksanakan langkah berjaga-jaga, termasuk penggantungan penerbangan dan penutupan sekolah, untuk menghalang penyebaran penyakit itu daripada orang yang kembali dari Iran.

Walaupun bilangan kes itu menurun dari pusat penularan virus di China, terdapat peningkatan mendadak di seluruh Timur Tengah.

Sejak penularan wabak itu, Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah melaporkan 13 kes COVID-19, Kuwait telah mencatatkan 43 kes, Bahrain 33 kes dan Oman empat kes.

Iran sebagai lokasi utama penularan wabak di rantau itu, dengan 19 kematian daripada 139 jangkitan, angka kematian tertinggi di luar China.

Walaupun tiada kes dilaporkan di Arab Saudi, seorang warga Saudi dilaporkan dijangkiti di Kuwait bersama-sama empat lagi di Bahrain di mana mereka baru pulang dari Iran.

Menunaikan ibadah umrah ke Mekah boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun, menarik berjuta-juta umat Islam dari seluruh dunia setiap tahun.

Tidak ada penjelasan mengenai bagaimana langkah itu akan menjejaskan musim haji tahun ini kerana ia bermula pada akhir bulan Julai. Sekitar 2.5 juta jemaah haji ke Arab Saudi dari seluruh dunia pada musim haji tahun lalu yang meripakan salah satu daripada lima rukun Islam. – AFP