Wednesday, May 14, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    COVID-19: Asean, AS kongsi amalan terbaik

    Gambar serahan Kementerian Kesihatan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MEI – Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, kelmarin, telah menyertai Persidangan Video Khas Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) yang menumpukan kepada topik untuk meningkatkan kerjasama dalam tindakan terhadap COVID-19.

    Persidangan video berkenaan telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan, Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Ltg (B) Terawan Agus Putranto dan Setiausaha Perkhidmatan Kesihatan dan Manusia AS, Alex Azar selaku pengerusi bersama.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, menjelaskan bahawa persidangan tersebut adalah sebagai landasan penting bagi perbincangan amalan-amalan terbaik mengenai strategi-strategi dan langkah-langkah mitigasi atau pengurangan terhadap risiko dan impak daripada pandemik COVID-19.

    Di samping itu juga bagi menerokai bidang-bidang kerjasama antara ASEAN dan AS untuk menyokong mekanisme pencegahan dan pengawalan penyakit-penyakit berjangkit yang baharu dan yang akan muncul semula di rantau ASEAN.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan dalam ucapannya semasa persidangan video tersebut telah mengetengahkan tindakan Negara Brunei Darussalam semenjak kes pertama COVID-19 dilaporkan iaitu dengan pengimplementasian pelbagai langkah untuk mengehadkan penularan wabak COVID-19 di negara ini.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan mewakili Negara Brunei Darussalam dalam Persidangan Video Khas Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN dan AS.
    Menteri Kesihatan Kemboja kelihatan dalam persidangan video khas berkenaan.

    Ini termasuk melaksanakan pengesanan kontak bagi kes-kes yang disahkan menghidap COVID-19, rancangan-rancangan bagi kuarantin, pengasingan dan pemantauan sendiri di samping larangan terhadap aktiviti perhimpunan ramai, penangguhan pembelajaran di sekolah-sekolah dan beberapa aktiviti tertentu dan larangan perjalanan masuk dan keluar dari negara.

    Yang Berhormat Dato seterusnya menjelaskan bahawa walaupun situasi wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam adalah terkawal, namun Kementerian Kesihatan masih menghadapi beberapa cabaran daripadanya seperti terdapatnya kes-kes yang tidak menunjukkan sebarang simptom (asymtomatic) dan kekal sedemikian sepanjang penghidapan penyakit.

    Di samping itu, penjangkitan COVID-19 secara senyap (silent transmission) daripada penghidap yang asymptomatic kepada kontak terdekat seperti mana yang pernah disaksikan dalam setting rumah dan sekolah.

    Dalam hal yang demikian, Yang Berhormat Dato telah menitikberatkan kepentingan pengesanan kontak, perlaksanaan ujian-ujian COVID-19 dan rawatan serta pengajian lanjut di Pusat Pengasingan Kebangsaan bagi menangani cabaran-cabaran tersebut.

    Beliau seterusnya mengongsikan situasi yang mana individu-individu yang telah pulih daripada COVID-19, kemudiannya telah didapati positif semula COVID-19 setelah dibenarkan pulang ke rumah.

    Hal ini telah menggerakkan Kementerian Kesihatan untuk menilai semula dasar pengasingan diri selama tujuh hari selepas individu-individu telah pulih untuk ditambah kepada 14 hari.

    Menurut Yang Berhormat Dato juga, kajian-kajian lanjut mengenai situasi tersebut masih perlu diusahakan bagi memastikan pengurusan kes-kes sedemikian dilaksanakan dengan baik dan penggunaan sumber-sumber dibuat secara optima.

    Beliau seterusnya menerangkan bahawa walaupun sistem penjagaan kesihatan di Negara Brunei Darussalam sedang diurus dengan baik, namun cabaran-cabaran seperti kelambatan dan gangguan logistik dalam mendapatkan ubat-ubatan penting serta bekalan perubatan dan peralatan masih dihadapi, lebih-lebih lagi pada masa ini yang mana permintaan logistik bagi rawatan COVID-19 sangat diperlukan oleh berbilang negara.

    Turut menjadi cabaran adalah isu-isu lockdown di beberapa negara, penerbangan yang terhad, dan harga pasaran bagi barangan perubatan yang dilonjak naik daripada pembekal.

    Akhir sekali, Yang Berhormat Dato telah menyuarakan beberapa cadangan bagi meningkatkan dan mengukuhkan kerjasama kesihatan ASEAN-AS iaitu dengan melihat pada mekanisme sektor kesihatan ASEAN yang ada pada masa ini dan mempertimbangkan penubuhan struktur laporan yang bersesuaian yang membolehkan ASEAN dan Amerika Syarikat untuk bekerjasama secara sistematik.

    Di samping itu, memastikan pertukaran ilmu, idea-idea dan amalan terbaik (free exchange) diteruskan antara AS dan ASEAN. Inisiatif-inisiatif serantau dalam kerjasama perkongsian data dan kajian-kajian klinikal serta kesihatan awam (clinical and public health research) perlu dipertingkatkan dan hasil kajian ini perlu dikongsikan bersama untuk menyokong negara-negara yang memerlukan sokongan.

    Yang Berhormat Dato turut mencadangkan supaya kerjasama dalam mendapatkan sumber, bekalan dan peralatan perubatan bagi COVID-19 diteruskan selaras dengan keperluan atau kehendak setiap negara. Mustahak bagi setiap negara untuk saling membantu bagi memastikan pengeluaran bekalan perubatan termasuk vaksin dan peralatan perubatan tidak terhalang dan terus dirangkaikan, di samping menetapkan harga barangan yang stabil.

    Persidangan video khas itu berakhir dengan persetujuan untuk mengeluarkan Kenyataan Bersama Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN dan AS dalam Meningkatkan Kerjasama Mengenai Tindakan Terhadap Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19).

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/