KAHERAH, 5 MAC – Iran mula menerima bantuan antarabangsa sebagai menyokong usaha negara itu yang sedang berjuang memerangi penularan wabak COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.
Di samping itu, semakin banyak negara di Timur Tengah mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengekang penularan virus yang telah mengorbankan ribuan nyawa.
Jurucakap Kementerian Luar Iran, Abbas Mousavi, berkata bantuan itu disalurkan melalui Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Bantuan kemanusiaan pertama dari kerajaan Perancis diserahkan kepada Kementerian Kesihatan dan Pendidikan Perubatan Iran pada Rabu. Mousavi berkata turut menghulurkan sumbangan UNICEF, China, Turki dan Austria, serta beberapa negara Eropah. – Bernama