Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    COVID-19 cecah rekod seminggu

    PARIS, 29 DIS – Dunia mencecah jumlah rekod jangkitan COVID-19 dalam masa tujuh hari, dengan lebih 935,000 kes dikesan secara purata antara 22 sehingga 28 Disember, menurut perkiraan AFP.

    Jumlah itu merupakan yang tertinggi sejak virus itu pertama kali muncul pada hujung 2019, berdasarkan jumlah harian yang diberikan oleh pihak berkuasa kesihatan di setiap negara.

    Sejumlah besar daripada jangkitan kurang serius dan kes asimptomatik masih tidak dapat dikesan di sebalik peningkatan ujian saringan.

    Sejumlah 6,550,000 kes direkodkan antara 22 Disember dan 28 Disember – satu purata 935,863 sehari – dengan virus merebak pada tahap kelajuan pantas. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda