Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    COVID-19: China tutup sempadan dengan Myanmar

    BEIJING, 5 JULAI – Sebuah bandar China bersempadan dengan Myanmar ditutup dan ujian saringan besar-besaran dilakukan selepas tiga kes COVID-19 dilaporkan hari ini.

    Petugas bergegas mengekang penularan kerana ini kali kedua dalam tempoh empat bulan, Ruili, yang dihuni lebih 210,000 orang, melaksana perintah berkurung selepas penemuan kes import dari Myanmar.

    Ruili adalah pintu keluar masuk utama dari Muse di Myanmar, kawasan yang menyaksikan peningkatan rusuhan sejak rampasan kuasa junta tentera di Myanmar pada 1 Februari lalu.

    Perkembangan itu menimbulkan kebimbangan penduduk Myanmar akan memasuki China untuk melepaskan diri daripada keganasan.

    Salah seorang daripada tiga pesakit yang dijangkiti adalah warga Myanmar, menurut pihak berkuasa kesihatan di wilayah Yunnan.

    China menutup jambatan utama ke seberang Myanmar pada Mac lalu ketika kes baru melonjak di sempadan.

    Pihak berkuasa juga meningkatkan rondaan sejak beberapa bulan lalu untuk mencegah kemasukan secara haram di sempadan dan mengekang kegiatan perdagangan manusia membabitkan pelarian.

    Ruili akan menyaring semua penduduknya dalam masa dua hari dan semua perjalanan tidak penting dilarang sehingga diberitahu kelak, kata pemerintah tempatan hari ini.

    Hanya seorang ahli bagi setiap isi rumah dibenarkan keluar membeli barang keperluan harian. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda