NEW YORK, 22 MAC – Hampir satu bilion penduduk di serata dunia terpaksa berkurung dalam rumah masing-masing, semalam, dengan Amerika Syarikat (AS) dan negara Eropah turut menguatkuasakan perintah itu ketika jumlah korban COVID-19 kini melonjak kepada 13,000. Lebih satu pertiga daripada seluruh rakyat Amerika terpaksa menyesuaikan kehidupan harian mereka dengan pelbagai fasa perintah berkurung, termasuk