PARIS, 27 JULAI – Pandemik COVID-19 yang turut mencetuskan krisis sosial dan ekonomi global dijangka mengakibatkan hampir tujuh juta lagi kanak-kanak berdepan masalah pembantutan akibat pemakanan tak seimbang, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), hari ini. Malah, sebelum COVID-19 terjadi, kira-kira 47 juta kanak-kanak di bawah umur lima tahun berdepan dengan masalah kurang makanan berzat, kebanyakannya

