Wednesday, March 19, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    COVID-19: Indonesia catat jumlah kematian harian tertinggi

    JAKARTA, 27 JULAI – Indonesia mencatatkan jumlah kematian harian tertinggi akibat COVID-19, selepas merekodkan 2,069 kematian hari ini.

    Menurut data yang disiarkan Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, jumlah kematian keseluruhan akibat virus itu kini meningkat kepada 86,835 orang.

    Provinsi Jawa Tengah merekodkan jumlah kematian harian paling tinggi iaitu seramai 417 kematian, diikuti Jawa Timur (354), Jawa Barat (309), Jakarta (184) dan selebihnya di provinsi lain.

    Kes baharu COVID-19 di Indonesia direkodkan sebanyak 45,203 menjadikan jumlah kes keseluruhan kini meningkat kepada 3,239,936 kes, dengan sebanyak 556,281 pesakit aktif (dirawat). – Bernama

    Pekerja pengebumian lengkap berpakaian PPE menurunkan keranda mangsa COVID-19 di tanah perkuburan Pedurenan, Bekasi, Indonesia. Angka kematian di Indonesia melebihi 2,000 ketika koronavirus semakin meningkat. –AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda