JAKARTA, 28 JUN – Kes positif COVID-19 di Indonesia kini meningkat kepada 54,010 kes, dengan 34 lagi kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam.
Menurut jurucakap Peme-rintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 1,198 kes positif baharu dilaporkan, manakala jumlah keseluruhan kematian kini adalah 2,754 orang.
“Sebanyak 14,712 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19,” katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia. – Bernama