Monday, May 12, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    COVID-19: Indonesia lepasi angka 24,000, kematian 1,496

    JAKARTA, 28 MEI – Kes positif COVID-19 di Indonesia kini melepasi angka 24,000 dengan kematian meningkat kepada 1,496 orang.

    Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 687 kes positif baharu dan 23 lagi kematian direkodkan.

    “Jumlah kes positif kini 24,538 kes dan ketika ini juga seramai 13,250 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19,” katanya dalam sidang media harian COVID-19 yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda