Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    COVID-19 jejas harga pasaran minyak

    DUBAI, 1 MAC – Pasaran saham di negara-negara Teluk yang kaya minyak telah menjunam hari ini berhubung kebimbangan impak COVID-19, yang juga memberi kesan kepada bursa global minggu lalu.

    Kesemua tujuh bursa saham di Majlis Kerjasama Teluk (GCC), yang ditutup Jumaat dan Sabtu untuk hujung minggu Islam, terkena tempias dengan kejatuhan harga minyak di bawah AS$50 setong.

    Bursa saham Saudi, pasaran saham terbesar di rantau itu dan salah satu daripada 10 pasaran saham teratas di dunia, jatuh 3.5 peratus pada pertengahan sesi.

    Syarikat gergasi tenaga Saudi Aramco turun ke paras terendah sejak penyenaraiannya dalam pasaran saham Saudi tiga bulan lalu, menyusut 2.9 peratus hanya sedikit di atas harga IPOnya, sebelum pulih.

    Nilai pasaran syarikat terbesar di dunia itu, yang mengepam 10 juta tong sehari, jatuh kepada AS$1.73 trilion, hanya AS$20 bilion di atas nilainya apabila ia disenaraikan untuk memecahkan rekod dalam IPO.

    Rantau ini didahului oleh Bursa Kuwait, di mana Indeks All-Share turun 10 peratus, kemerosotan menyebabkannya ia ditutup. Bursa Kuwait ditutup pada minggu lalu untuk cuti umum.   Pasaran Kewangan Dubai merosot 4.5 peratus, sementara pasaran cawangannya di Abu Dhabi turun 3.3 peratus, sejam selepas dibuka.   Bursa Bahrain rugi 3.6 peratus dan Pasaran Muscat Securities di Oman turun 1.1 peratus.

    “Ekuiti GCC menyaksikan kejatuhan sebagai panik terhadap koronavirus yang merebak di rantau ini,” kata ketua penyelidikan di Pusat Kewangan Kuwait (Markaz) M.R. Raghu kepada AFP.

    “Jangkaan awal bahawa wabak itu akan dikawal dalam lingkungan China telah membuktikan sukar difahami, kerana sejumlah besar kes antarabangsa terus dilaporkan,” katanya.

    Kira-kira 115 kes COVID-19 telah dilaporkan oleh negara-negara Teluk setakat ini, dengan majoriti jangkitan di kalangan orang yang pulang dari Iran.  – AFP

    Peniaga-peniaga Kuwait yang memakai topeng mengikuti pasaran di Bursa Saham Boursa Kuwait di Kuwait. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda