Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    COVID-19 jejas kesihatan mental jangka panjang

    ATHENS, 22 JULAI – Kesan kesihatan mental akibat pandemik akan bersifat ‘jangka panjang dan meluas’, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia hari ini, ketika pakar dan pemimpin menggesa tindakan diambil untuk menangani isu kerisauan dan stres berkaitan dengan COVID-19.

    “Semua orang terjejas,” kata WHO dalam satu kenyataan pada permulaan mesyuarat dua hari di Athens dengan menteri-menteri kesihatan dari puluhan negara.

    Menurutnya, ‘kebimbangan mengenai penularan virus kesan daripada sekatan dan pengasingan diri’ telah menyumbang kepada krisis kesihatan mental, selain stres yang dikaitkan dengan pengangguran, krisis kewangan serta penyisihan sosial.

    “Impak kesihatan mental akibat pandemik akan bersifat jangka panjang dan meluas,” tambah kenyataan.

    Pengarah serantau WHO untuk Eropah, Hans Kluge berkata kesihatan mental harus dianggap ‘hak manusia asas’, sambil menekankan bagaimana pandemik telah menghancurkan kehidupan orang.

    “Pandemik telah menggegarkan dunia,” beritahunya pada persidangan.

    “Lebih empat juta nyawa terkorban di seluruh dunia, mata pencarian musnah, keluarga dan komuniti terpisah, perniagaan muflis dan orang kehilangan peluang.”

    WHO menggesa perkhidmatan kesihatan mental diperkukuhkan pada amnya dan akses kepada penjagaan menerusi teknologi dipertingkatkan.

    Ia juga menggesa perkhidmatan sokongan psikologi yang lebih baik di sekolah, universiti, tempat kerja dan mereka di barisan depan kempen memerangi COVID-19. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda