Monday, July 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    COVID-19: Kes pulih lebih tinggi daripada kes positif baharu

    KUALA LUMPUR, 30 NOV – Kes pulih COVID-19 hari ini mengatasi angka kes positif dengan 2,112 kes sembuh dilaporkan, manakala kes baharu berjumlah 1,212 kes.

    Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 54,759 kes, iaitu 83.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

    Daripada jumlah kes baharu pula, 1,203 kes adalah penularan dalam negara dengan sembilan lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

    “Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu 402 kes (33.2 peratus), dengan 308 kes (76.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda