Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    COVID-19: Kuarantin di Itali dilanjutkan

    MOSCOW, 30 MAC – Langkah kuarantin yang dikuat kuasa di seluruh Itali tiga minggu lalu untuk membendung wabak COVID-19 akan dilanjutkan, kata Menteri Kesihatan Roberto Speranza, lapor agensi berita Sputnik.

    “Hari ini, negara kita masih menjadi pusat krisis. Kita tidak boleh kurangkan langkah pencegahan. Langkah itu akan berakhir pada 3 April dan ia pasti akan dilanjutkan,” kata Speranza ketika muncul di stesen televisyen Rai 2 kelmarin.

    Beliau berkata kerajaan akan bermesyuarat pada Isnin untuk membincangkan mengenai langkah kuarantin itu.

    “Kita masih perlu berkorban.Kita memerlukan lebih banyak masa,” ujarnya.

    Itali menjadi pusat terbaru penularan wabak COVID-19 di Eropah. Sehingga 17:00 waktu setempat kelmarin, negara ini mencatatkan lebih 97,000 kes jangkitan dan lebih 10,700 kematian. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda