Saturday, March 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    COVID-19: Malaysia rekod 12 kes baharu, 1 kematian

    KUALA LUMPUR, 31 JULAI – Sebanyak 12 kes positif COVID-19 dilaporkan di Malaysia hari ini melibatkan tujuh kes penularan dalam negara dan satu lagi kes kematian direkodkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

    Beliau berkata, angka terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 8,976 kes manakala jumlah keseluruhan kes yang maut akibat wabak itu 125 kes.

    “Daripada tujuh kes penularan di dalam negara, lima kes adalah dalam kalangan warga Malaysia dan dua kes adalah bukan warganegara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Memperincikan kes penularan dalam negara yang melibatkan lima warga tempatan, beliau berkata dua kes dikesan daripada Kluster PUI (pesakit dalam siasatan) Sivagangga di Kedah dan masing-masing satu kes di negeri Johor, Selangor, dan Negeri Sembilan.

    “Bagi dua kes jangkitan dalam negara melibatkan bukan warganegara pula dikesan di Johor melalui ujian saringan prapembedahan dan sa-tu kes kematian yang dikesan positif
    COVID-19 di Hospital Queen Elizabeth di Sabah,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda