KUALA LUMPUR, 31 JULAI – Sebanyak 12 kes positif COVID-19 dilaporkan di Malaysia hari ini melibatkan tujuh kes penularan dalam negara dan satu lagi kes kematian direkodkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, angka terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 8,976 kes manakala jumlah keseluruhan kes yang maut akibat wabak itu