KUALA LUMPUR/BANGKOK, 28 APRIL – Malaysia kini mencatatkan 3,142 kes positif COVID-19 dan 15 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan kes kumulatif mencecah 401,593 setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kesemua yang meninggal dunia merupakan warga tempatan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian akibat wabak itu kini 1,477.
Manakala, Thailand melaporkan 15 kematian baharu untuk hari kedua, menambah jumlah korban 178 orang.
Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Apisamai Srirangsan berkata Thailand merekodkan 2,012 kes baharu termasuk 11 kes import, dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah jangkitan sebanyak 61,699 kes sejak pandemik itu bermula. – Bernama