COVID-19: Persediaan perlu mantap

Negara Brunei Darussalam dikejutkan dengan kes komuniti pada 7 Ogos lalu dan sehingga ke hari ini, terdapat enam kluster dan ramai lagi yang pastinya menunggu untuk diswab atau berdebar menanti keputusan ujian.

Dengan pengesanan kluster yang agak banyak dalam masa singkat, pihak relevan perlu memantapkan persediaan menghadapinya kerana ia lebih besar daripada penularan awal yang mana Brunei mudah menanganinya.

Kali ini, persediaan semua pihak perlu digerakkan secepat mungkin, bukan sahaja kementerian relevan, malah pasukan polis, tentera dan bomba serta sukarelawan diperlukan ketika berdepan situasi sukar ini.

Penguatkuasaan juga perlu ketat dan bukannya hanya bergantung kepada rakyat untuk jagaan kendiri. Manakala pihak NGO perlu juga bertindak ter-utamanya mengagihkan penutup mulut dan hidung yang dimestikan dipakai kepada orang-orang memerlukan.

Semoga dengan persediaan jitu ini, negara dapat kembali pulih daripada kluster-kluster yang ada.

Bersama melindungi