PARIS, 31 JAN – COVID-19 sudah membunuh sekurang-kurangnya 2,206,873 orang sejak wabak itu tercetus di China pada Disember 2019, berdasarkan data dikumpul AFP pagi semalam. Sekurang-kurangnya 102,002,160 kes COVID-19 direkodkan. Daripada jumlah itu, kira-kira 61,888,000 orang sembuh.
Angka berkenaan berdasarkan data jumlah harian disediakan pihak berkuasa kesihatan di setiap negara termasuk penilaian semula oleh organisasi statistik seperti terjadi di Rusia, Sepanyol dan Britain.
Kelmarin, 15,361 kematian baharu dan 592,397 kes baharu direkodkan seluruh dunia. Berdasarkan laporan terkini, beberapa negara dengan kes kematian tinggi ialah Amerika Syarikat (3,614), disusuli Mexico (1,434) dan United Kingdom (1,245).
AS masih kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan merekodkan 436,801 kematian daripada keseluruhan 25,933,227 kes jangkitan COVID-19. – AFP