WASHINGTON, 29 MAC – Amerika Syarikat pada Sabtu melaporkan kes kematian pertama COVID-19 membabitkan seorang anak damit, lapor agensi berita Anadolu.
Anak damit berusia kurang setahun di Chicago itu diuji positif COVID-19.
“Belum ada kematian dikaitkan dengan COVID-19 membabitkan anak damit,” kata Pengarah Jabatan Kesihatan Awam Illinois Dr Ngozi Ezike.
“Kita mesti melakukan segala yang perlu untuk mencegah penyebaran virus ini.”
Ezike berkata siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian.- Bernama