KUCHING, 21 DIS – Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM4.85 juta sebagai persediaan menghadapi pe-ningkatan kes COVID-19 di negeri ini, kata Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Uggah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (SDMC) berkata pembiayaan itu bagi membantu Jabatan Kesihatan Sarawak memperkukuh keupayaan mereka dalam bersedia dan mengatasi trend meningkat kes COVID-19. Beliau