Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    COVID-19 : Singapura catatkan kematian ke-15

    SINGAPURA, 1 MEI – Singapura mengesahkan 528 kes baharu jangkitan COVID-19 dan satu lagi kematian semalam, menjadikan jumlah korban wabak itu kepada 15.

    Dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat semalam, Kementerian Kesihatan republik itu (MOH) berkata seorang pesakit wanita yang merupakan kes 703 meninggal dunia semalam di Hospital Besar Ng Teng Fong.

    Berusia 58 tahun, rakyat Singapura itu disahkan dijangkiti COVID-19 pada 26 Mac.

    Setakat ini, 1,244 kes telah pulih daripada jangkitan dan dibenarkan keluar dari hospital atau kemudahan isolasi komuniti, sementara 22 kes di dalam  unit rawatan rapi (ICU). – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda