Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    COVID-19: Situasi Korea Selatan ‘amat serius’

    SEOUL, 25 FEB – Wabak koronavirus COVID-19 di Korea Selatan adalah ‘amat serius’, kata Presiden Moon Jae-in hari ini ketika beliau melawat pusat wabak dan jumlah kes hampir mencecah 1,000 dalam negara.

    Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC) mengesahkan 144 jangkitan baharu, membawa jumlah keseluruhan kepada 977, jumlah terbesar negara di luar China, di mana virus pertama muncul.

    Puluhan acara telah pun dibatalkan atau ditangguh tatkala wabak merebak di ekonomi ke-12 terbesar dunia, daripada konsert K-pop kepada permulaan musim bola sepak K-League, dengan pembatalan hari ini termasuk sesi parlimen dan Kejohanan Ping Pong Berpasukan Dunia.

    Lebih 80 peratus daripada jangkitan adalah di bandar keempat terbesar Korea selatan Daegu dan wilayah Gyeongsang Utara.

    “Situasi adalah amat serius,” kata Presiden Moon Jae-in ketika melawat Daegu, memakai pakaian seragam pegawai kecemasan kerajaan dan berjanji akan memberikan sokongan penuh kerajaan.

    Presiden Moon Jae-in (kiri) bercakap dengan pekerja perubatan ketika beliau melawat Pusat Perubatan Daegu di bandar tenggara Daegu kelmarin. – AFP

    “Kami akan menang dalam kempen memerangi virus ini,” tambah beliau.

    Jalan raya di Daegu, yang mempunyai 2.5 juta penduduk, sebahagiannya lengang sejak beberapa hari lalu, selain daripada barisan panjang di beberapa kedai yang menjual topeng muka.

    Pihak berkuasa menyeru orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga, menasihat rakyat supaya tinggal dalam rumah jika mereka mengalami demam atau gejala pernafasan.

    Parlimen Korea Selatan membatalkan sesi pada hari ini tatkala ia ditutup untuk kerja-kerja pembersihan selepas seorang penduduk yang disahkan dijangkiti koronavirus telah menghadiri mesyuarat pada minggu lalu. Syaikat penerbangan Korean Air juga melaporkan seorang kru kabin telah diuji positif, tanpa memberikan butiran lanjut.

    Pekerja itu mungkin dijangkiti oleh sekumpulan jemaah Korea Selatan yang berlepas ke Israel, kata laporan, menambah anggota kru itu berlepas seterusnya dari Incheon ke Los Angeles dan pulang pada minggu lalu.

    Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS menasihati rakyatnya supaya ‘mengelak semua perjalanan tidak penting’ ke Korea Selatan.

    Hong Kong telah berkata ia tidak membenarkan ketibaan dari Korea Selatan kecuali penduduk yang pulang, sementara Mongolia mengharam penerbangan pergi dan balik ke Selatan mulai hari ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda