Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    COVID-19: Subvarian JN.1 tidak berbahaya, tiada kematian dilaporkan

    PUTRAJAYA, 12 JUN – Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu COVID-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian-varian pada awal kemunculan wabak itu, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

    Dalam kenyataan hari ini, KKM memaklumkan bahawa meskipun terdapat peningkatan kes COVID-19 dalam komuniti sejak kebelakangan ini, purata kes mingguan masih kekal di bawah paras amaran kebangsaan dan tiada kematian dilaporkan setakat ini.

    “Situasi ini selaras dengan peralihan fasa hidup bersama COVID-19. Jangkitan juga dapat dikawal sekiranya tahap imunisasi dalam tubuh berada pada tahap optimum,” menurut kenyataan itu.

    Gambar Freepik

    Sehubungan itu, golongan berisiko tinggi digalakkan mendapatkan suntikan dos tambahan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan, komplikasi serius dan kematian akibat wabak berkenaan.

    Pemberian vaksin COVID-19 turut digalakkan kepada individu berisiko tinggi, termasuk mereka yang belum menerima vaksin sebelum ini; individu berumur 18 tahun dan ke atas; individu berumur 12 tahun dan ke atas yang mempunyai komorbiditi atau masalah sistem imun (immunocompromised); ibu mengandung serta anggota kesihatan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda