Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    COVID-19: Tiga kes import baharu

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MAC – Setakat jam 10 pagi ini, Kementerian Kesihatan telah mengesahkan tiga kes import baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan itu seramai 210 orang.

    Kes 208 adalah seorang lelaki berumur 49 tahun yang tiba ke negara ini dari Manila pada 17 Mac, manakala kes 209 ialah seorang lelaki berumur 24 tahun yang tiba ke negara ini dari Nepal melalui Kuala Lumpur pada 17 Mac.

    Sementara itu, kes 210 ialah seorang perempuan berusia 59 tahun yang tiba ke negara ini dari Mesir melalui Kuala Lumpur pada 17 Mac.

    Pengesanan kontak bagi ketiga-tiga kes ini masih sedang giat dijalankan.

    Sementara itu, tiga kes sembuh telah dicatatkan hari ini, menjadikan kes yang aktif kepada 13 kes dengan kesemuanya masih dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan dalam keadaan baik.

    Kes terakhir jangkitan tempatan COVID-19 ialah pada 6 Mei 2020 (328 hari yang lalu), di mana jumlah kes import sejak kes jangkitan terakhir tempatan dilaporkan ialah sebanyak 69 kes.

    Sementara itu, sejumlah 571 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, manakala sejumlah 15,700 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

    Manakala dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 192 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 113,914 ujian.

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi Bruhealth.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda