COVID-19: XI pantau Wuhan

BEIJING, 10 MAC – Presiden China Xi Jinping tiba di Wuhan hari ini untuk lawatannya yang pertama ke pusat epidemik COVID-19 sejak krisis meletus pada Januari – satu petanda penting bahawa pegawai percaya wabak itu terkawal.

Lawatan Xi yang tidak diumumkan itu hadir tatkala langkah kuarantin belum pernah berlaku sebelum ini, yang telah mengurung Wuhan dan seluruh wilayah tengah Hubei sejak akhir bulan Januari kelihatan berbaloi, dengan jangkitan baharu jatuh mendadak dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Pemimpin Parti Komunis itu tiba dengan pesawat di ibu kota Hubei untuk ‘pemeriksaan pencegahan dan pengendalian wabak’ di rantau itu, menurut agensi berita rasmi Xinhua.

Beliau juga akan bertemu dengan pekerja perubatan barisan depan, pegawai tentera, pekerja komuniti, polis, pesakit dan penduduk, kata Xinhua.

Pemimpin China yang paling berkuasa sejak Mao Zedong itu biasanya menjadi tumpuan harian berita dalam media negara tetapi telah menjauhkan diri dari tumpuan berhubung krisis itu dan menugaskan Perdana Menteri Li Keqiang untuk mengawasi respon terhadap wabak itu.

Li dan Timbalan Perdana Menteri telah melawat bandar raya Wuhan yang teruk dilanda wabak itu. Namun, disebabkan bilangan kes baharu telah jatuh dalam beberapa minggu kebelakangan ini, media negara telah melaporkan peranan Xi dalam perjuangan menentang wabak itu, mengeluarkan ucapan bulan lalu di mana beliau berkata, telah memberikan arahan sejak awal Januari.

Pihak berkuasa telah berdepan kritikan yang keras dan jarang berlaku berhubung cara pengendalian virus dalam talian, dengan pegawai tempatan mendapat perhatian khusus kerana menghukum pemberi maklumat dalam apa yang disifatkan sebagai percubaan yang jelas untuk merahsiakan wabak itu pada awal Januari. – AFP

Presiden Xi Jinping ketika diberi penerangan mengenai Hospital Huoshenshan semasa mengadakan lawatan di Wuhan, kelmarin. – AP