Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    COVID akibatkan Australia kerugian AS$6.4 bilion

    CANBERRA, 19 OGOS – Tempoh COVID yang panjang merugikan ekonomi Australia berbilion-bilion dolar pada 2022, kajian baharu mendapati.

    Penyelidikan yang diterbitkan hari ini menganggarkan bahawa pekerja Australia yang hidup dengan COVID yang berlautan menyebabkan ekonomi kehilangan produktiviti sebanyak AUD$9.6 bilion bersamaan AS$6.4 bilion.

    Menggunakan model matematik, penyelidik dari Australian National University (ANU), University of Melbourne dan University of New South Wales (UNSW) Sydney menganggarkan terdapat 1.3 juta rakyat Australia yang menghidap COVID yang belarutan pada September 2022 termasuk 55,000 kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

    Quentin Grafton, ahli ekonomi dan pengarang bersama kajian dari ANU itu berkata terdapat kira-kira 100 juta kehilangan jam bekerja di Australia pada 2022 disebabkan jangkitan COVID yang berterusan beberapa bulan selepas diagnosis awal mereka.

    “Ini bersamaan dengan purata kerugian lapan jam bagi setiap orang yang bekerja setahun termasuk kedua-dua jenis pekerjaan sepenuh masa dan sambilan,” katanya dalam satu kenyataan media.

    “Kami menganggarkan ini bersamaan dengan kerugian keseluruhan ekonomi, secara purata, kira-kira AUD$9.6 bilion pada 2022, atau satu perempat daripada pertumbuhan keluaran dalam negara kasar Australia pada tahun itu,” tambahnya.

    Menurut kajian itu, pekerja berumur 30-49 menyumbang lebih daripada 50 peratus daripada jumlah jam buruh dan kehilangan produktiviti pada 2022 akibat pandemik yang panjang itu.

    Grafton berkata bahawa penyelidikan itu mungkin tidak mengambil kira kesan ekonomi COVID yang berlarutan kerana ia tidak mengambil kira kehilangan produktiviti pekerja yang sihat yang menjaga orang lain dengan COVID yang lama.

    Para penyelidik menggunakan penemuan itu untuk menyeru kerajaan dan penggubal dasar untuk memberi penekanan yang lebih besar pada COVID yang panjang sebagai keutamaan kesihatan awam.

    Mereka turut menganggarkan bahawa menjelang Disember 2024 873,000 rakyat Australia masih akan hidup dengan COVID setahun selepas jangkitan awal mereka. – Xinhua

    Gambar Unsplash

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda