Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    COVID hanya influenza bermusim

    TOKYO, 8 MEI – Jepun hari ini menurunkan status ancaman COVID-19 kepada kategori yang sama dengan influenza bermusim dan melonggarkan langkah kesihatan berkaitan.

    Langkah itu menandakan peralihan besar dalam pendekatan kerajaan menentang pandemik selepas tiga tahun.

    Pengelasan semula COVID-19 kepada Kelas Lima bermakna keputusan mengenai langkah pencegahan anti-COVID-19 kini terpulang kepada individu dan ahli perniagaan, lapor agensi berita Kyodo.

    Bagaimanapun, pakar menyeru kerajaan untuk memastikan institusi perubatan dapat bertindak balas dengan tepat terhadap potensi peningkatan jumlah jangkitan pada masa depan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda