Sunday, April 2, 2023
24.6 C
Brunei

-

COVID: Kes baharu di Malaysia kekal bawah 15,000

KUALA LUMPUR, 4 APRIL – Jumlah kes baharu COVID-19 kekal berada di bawah paras 15,000 untuk dua hari berturut-turut apabila 12,380 kes dilapor semalam, menjadikan kumulatif kes baharu kini 4,246,467 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Pada Sabtu (2 April), sebanyak 14,692 kes baharu dilaporkan.

Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah kes baharu dicatatkan semalam, 7,559 kes merupakan kategori satu, kategori dua (4,736 kes) dan 32 kes (kategori tiga), 20 kes (kategori empat) dan 33 kes (kategori lima).

“Daripada 85 kes COVID-19 kategori tiga, empat dan lima yang dilaporkan semalam, 24 kes tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, manakala 33 kes telah menerima dua dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 28 kes telah menerima dos penggalak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebanyak 20,635 kes sembuh COVID-19 dilapor semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh yang direkodkan dalam negara sehingga kini adalah 4,018,421 kes. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -