Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    COVID: Kes di Sarawak turun, kembali catat tiga digit

    KUCHING, 14 MAC – Jumlah kes harian COVID-19 di Sarawak mencatatkan penurunan apabila kembali ke tiga digit dengan 965 kes direkodkan hari ini berbanding 1,354 kes semalam.

    Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan di sini, daripada keseluruhan jumlah kes yang dilaporkan hari ini, hanya 14 kes melibatkan jangkitan paru-paru, memerlukan oksigen dan ventilator.

    Daerah Kuching mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi dengan 446 kes, diikuti Miri (133) dan Sibu (75).

    “Pertambahan kes baharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak tersebut di Sarawak kini 279,596,” menurut JPBN.

    Selain itu, sebanyak empat kematian akibat wabak itu dilaporkan di Sarawak hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...